Home

Kelantan dan Johor boleh mula solat Jumaat di masjid dan surau (Feb 12) untuk PKP 2.0

Solat Jumaat dan harian akan dibenarkan di masjid dan surau di seluruh Kelantan mulai hari ini (Feb 12, Jumaat).

Manakala di Johor Baru, kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu dengan jumlah jemaah 40 orang bermula Feb 9 (Selasa).

Presiden Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, jemaah tidak boleh melebihi 30 peratus dari kemampuan masjid atau surau, dengan langkah-langkah jarak fizikal juga dilaksanakan.

Katanya, kelas membaca al-Quran juga dibenarkan di masjid dan surau dengan syarat yang sama.

“MAIK berharap agar umat Islam memberikan kerjasama sepenuhnya dan membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” kata Tengku Rizam, yang juga Tengku Temenggong Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata jumlah itu tidak termasuk pegawai, ahli jawatankuasa dan pengurusan kariah masjid dan surau.

Beliau berkata keputusan itu diambil setelah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mendapat pandangan serta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Secara keseluruhan, terdapat 814 masjid di Johor dan bagi memastikan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat, kebenaran itu turut dilaksanakan di 216 surau di seluruh Johor.

“Had umur pula 10 tahun ke atas termasuk warga emas asal syarat sihat tubuh badan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau turut bertanggungjawab dalam memastikan pekeliling dan garisan panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dipatuhi, antaranya memastikan jemaah mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan surau, memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan penjarakan fizikal dipatuhi.

Solat jenazah turut dibenarkan dengan kehadiran 40 orang jemaah tidak termasuk pegawai, ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau.

Untuk pengurusan nikah, cerai dan rujuk pula pelaksanaannya adalah bersyarat seperti majlis akad nikah yang hanya boleh dilaksanakan di pejabat JAINJ atau pejabat kadi daerah, namun digalakkan untuk ditangguhkan.

Ia terhad kepada pasangan pengantin dan wali yang berada dalam daerah yang sama, kehadiran pula tidak melebihi enam orang meliputi tiga orang dari pihak keluarga pengantin dan tiga urus setia.

Selain itu, bagi pasangan pengantin dan wali yang berada di negeri berbeza dan di luar Johor turut dibenarkan dengan syarat telah dapat kebenaran rentas negeri daripada pihak keselamatan dan perlu membuat pemeriksaan saringan COVID-19 dari pusat perubatan kerajaan atau swasta 72 jam sebelum tarikh majlis akad.

Tosrin berkata penganjuran kursus praperkahwinan pula boleh dilaksanakan melalui kaedah sidang video sahaja dengan maksimum 100 peserta.”

Bagi pendaftaran cerai, ia boleh dilaksanakan untuk mendapatkan sijil cerai sekiranya dapat Perintah Pengesahan Cerai dari Mahkamah Syariah.
Pendaftaran Rujuk juga boleh dilaksanakan dengan hadir ke Pejabat Kadi Daerah,” katanya.

0 comments on “Kelantan dan Johor boleh mula solat Jumaat di masjid dan surau (Feb 12) untuk PKP 2.0

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: