Home News

Paip utama pecah: 130 kawasan alami gangguan bekalan hingga 9 malam ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 kawasan di Klang, Shah Alam dan 72 kawasan di Petaling Jaya bakal mengalami gangguan bekalan air bermula 1 tangahari ini.

Air Selangor berkata, gangguan berkenaan diakibatkan oleh paip utama yang pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 Shah Alam.

“Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 1 petang, 29 Disember 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada 9 malam ini.

Bagaimanapun menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Sehubungan itu Air Selangor menyarankan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

sumber : Agensi media

0 comments on “Paip utama pecah: 130 kawasan alami gangguan bekalan hingga 9 malam ini

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: