Home

‘Saya telah cuba melakukan yang terbaik’ – Faizal Azumu umum letak jawatan

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak menerusi satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ia selepas beliau telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembahkan warkah peletakan jawatan tersebut.

“Alhamdulillah pada jam 3.00 petang, 5 Disember 2020, saya telah diperkenankan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Alhmarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Almarghfullah.

“Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan di kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan,” katanya dalam satu sidang media khas di sini hari ini.

Beliau akui, pengalaman itu adalah sesuatu yang amat bermakna, penuh dengan pelbagai cabaran.

“Bagi pihak seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri yang saya pimpin, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan ataupun setiap satu perkara yang tidak disenangi.

“Saya telah cuba melakukan yang terbaik dan sebagai manusia biasa yang tidak sempurna dan tentu ada berlaku salah dan silap. Ampun dan maaf dari saya,” katanya.

0 comments on “‘Saya telah cuba melakukan yang terbaik’ – Faizal Azumu umum letak jawatan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: