Home

Presiden AS Trump sah positive Covid-19 sedang dirawat di hospital

Presiden AS Donald Trump tiba dengan helikopter di sebuah hospital tentera di luar Washington pada Jumaat (Oct 2), di mana White House telah mengesahkan bahawa beliau akan dirawat selama beberapa hari untuk Covid-19.

Langkah itu telah diumumkan oleh pihak pentadbiran sebagai langkah berjaga-jaga, setelah sekitar 15 jam presiden mengesahkan beliau positif coronavirus di akaun Twitternya.

“Atas cadangan doktor dan pakar perubatannya, presiden akan bekerja dari pejabat presiden di Walter Reed untuk beberapa hari ke depan,” kata setiausaha akhbar Kayleigh McEnany.

Presiden berjalan keluar dari Rumah Putih tanpa dibantu dan memakai topeng untuk menaiki helikopter Marine One untuk perjalanan cepat ke Walter Reed, sebuah hospital.

Dengan berpakaian sut gelap, dia melambai kepada wartawan yang menunggu dan berjalan melewati tanpa menyoal.

Tetapi dia mengucapkan terima kasih kepada penyokong dalam pesanan video pendek yang disiarkan di akaun Twitternya ketika dia tiba di kemudahan perubatan di Bethesda, Maryland.

“Saya akan ke hospital Walter Reed. Saya rasa saya baik-baik saja. Tetapi kami akan memastikan semuanya berjalan lancar,” kata Trump.

“First Lady dalam keadaan yang baik,” tambahnya.

Khabar presiden AS yang telah disahkan positif Covid-19 mendatangkan pelbagai tanda tanya dikala negara itu dalam masa sebulan lagi akan mengadakan pilihan raya iaitu akan bermula pada Nov 3, tahun ini.



Sumber: AFP

0 comments on “Presiden AS Trump sah positive Covid-19 sedang dirawat di hospital

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: