Home News World

Kluster baharu Covid-19, Beijing catat 22 kes

Ibu negara China, Beijing telah mencatat 22 kes baharu Covid-19 pada Jun 21, Ahad, selepas ujian besar-besaran membabitkan lebih 2 juta sampel, dalam usaha membendung kluster terkini wabak.

Kemunculan kluster baharu itu meningkatkan kebimbangan terhadap gelombang kedua di China, yang sebelum ini berjaya mengawal suasana selama beberapa bulan.

Puluhan penempatan terpaksa ditutup di bandaraya berkenaan bagi membendung penularan, manakala penduduk dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang perjalanan keluar, selain menutup semua sekolah.

Jangkitan baharu yang dilaporkan hari ini mencakupi seorang jururawat, iaitu petugas kesihatan pertama disahkan positif sejak kemunculan kluster berkenaan seminggu lalu.

Lebih daripada 220 individu sudah diuji positif setakat ini dalam kluster baharu itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pihak berkuasa tempatan membina lebih 2,000 tapak di seluruh bandaraya dan berjaya mengumpul 2.3 juta sampel.

Pandemik itu kali pertama muncul di sebuah pasar borong makanan laut, sekali gus mendatangkan kerisauan terhadap tahap keselamatan bekalan makanan.

Virus itu dikesan di papan pemotong yang digunakan untuk menyiang ikan salmon import.

Susulan itu, pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya menghapuskan makanan laut beku dan produk berasas kekacang yang dibeli di lokasi terbabit.

Sumber : Agensi

0 comments on “Kluster baharu Covid-19, Beijing catat 22 kes

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: