Home News

Mahkamah lepaskan Isa Samad tuduhan pecah amanah

Bagaimanapun, beliau perlu membela diri atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berhubung proses pembelian itu.

Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada tuduhan pecah amanah berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, beliau perlu membela diri atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berhubung proses pembelian itu.

Atas nasihat peguam beliau, Mohd Isa memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan tarikh perbicaraan pada 17, 18, dan 19 Ogos ini.

Pada 14 Januari lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas 15 hari perbicaraan dengan 22 saksi dipanggil memberi keterangan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan pecah amanah di Tingkat 50, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC pada 29 April 2014, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan menerima rasuah pula didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 15 Disember 2015.

Sumber : astro awani

0 comments on “Mahkamah lepaskan Isa Samad tuduhan pecah amanah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: