Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menangguhkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini, berikutan penularan wabak Covid-19.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika sidang media di Putrajaya hari ini (Jun 11).
Beliau berkata penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan, 2021.
“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya.
Dalam hal berkaitan penambahan kuota untuk haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Makkah atau sebaliknya.
Sumber: Berita Harian
0 comments on “Rakyat Malaysia tunai haji mulai tahun hadapan”