News World

Pesawat terhempas dalam perjalanan hantar bekalan bantuan Covid-19

Sebuah pesawat yang membawa bekalan bantuan perubatan Covid-19 terhempas di Mogadishu, Somalia pada Isnin (May 4) lalu.

Berdasarkan laporan berita tempatan, pesawat yang dikendalikan East African Express Airways itu terhempas di bandar Bardale, ketika dalam perjalanan menghantar kargo perubatan ke bandar.

Tragedi tersebut juga telah meragut nyawa kesemua enam penumpang dan kru, kata Menteri Pengangkutan Somalia Mohamed Salad kepada Reuters.

Kesemua enam yang maut merupakan warga Kenya dan Somalia, ialah juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, juruterbang pelatih, serta dua orang yang bekerja untuk syarikat penerbangan.

Mohamed Salah berkata lima mayat telah berjaya ditemui setakat ini

Kerajaan Somalia menghantar pasukan untuk menyiasat dan akan tiba pada Selasa selain menyambut baik mana-mana bantuan antarabangsa.

Beliau menolak untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas namun bekas menteri pertahanan mendakwa saksi di lapangan terbang melihat pesawat itu terhempas setelah ditembak.

Saksi kejadian juga telah memuatnaik gambar pesawat terhempas di sosial media dan telah dilaporkan oleh wartawan tempatan.

0 comments on “Pesawat terhempas dalam perjalanan hantar bekalan bantuan Covid-19

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: