Home News

“Kod diskaun” #bintiahmadzahid tular di sosial media

Rakyat Malaysia secara kreatif meluahkan rasa tidak puas hati selepas anak presiden Umno; Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat Malaysia secara kreatif meluahkan rasa tidak puas hati selepas anak presiden Umno; Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengguna social media telah menyindir anak ahli politik tersebut dengan menggunakan pertaliannya dengan melawak mengatakan Nurul telah menggunakan diskaun kod, #bintiahmadzahid untuk tidak membayar denda secara penuh.

Nurul dan suami telah didapati melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11, Peraturan-peraturan yang sama.

Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya .

Sebelum hari pertuduhannya, Nurul Hidayah telah memuatnaik status di Instagramnya dengan perkataan “Binti Ahmad Zahid.”

Sejak Nurul Hidayah, memuat naik gambar di Instagramnya ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing pada April 20.

Perbuatan beliau telah mendapat kecaman orang ramai mendakwa beliau dan suaminya melanggar PKP kerana keluar berdua dan seolah-olah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk berbuat demikian.

Memetik Berita Harian, Majistret, Shahwira Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Nurul Hidayah, 41, dan suaminya bergerak dari Kajang menuju ke Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya iaitu dari satu kawasan berjangkit ke satu kawasan berjangkit di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Di kamar pertuduhan, Timbalan Pendakwaraya, Nurashikin Mokhtar memohon supaya kedua-dua mereka dikenakan denda maksimum RM1,000.

Bagaimanapun, Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili kedua-kedua tertuduh memberi alasan anak guamnya mendapat surat jemputan dari Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.

Terdahulu, kedua-dua mereka tiba di mahkamah pada jam 8.20 pagi bagaimanapun, Nurul Hidayah dan suami tidak melalui pintu masuk hadapan mahkamah kerana dipercayai menggunakan laluan lain.

0 comments on ““Kod diskaun” #bintiahmadzahid tular di sosial media

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: