Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah di sidang media di Putrajaya hari ini(Mac 24), menasihatkan orang ramai untuk tidak mendiskriminasi dan menyalahkan jemaah tabligh.
Beliau berharap orang awam, sebaliknya membantu mengesan jemaah yang terlibat serta kontak dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negara ini.
“Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan sudah memaklumkan kepada setiap Jabatan Kesihatan negeri untuk menerima jemaah tabligh yang tidak bergejala untuk menjalani ujian saringan di klinik dan hospital kerajaan terdekat.
“Setakat ini, KKM telah menjalankan 13,000 saringan ke atas jemaah tabligh dan sebanyak 8,000 kes didapati bergejala, 986 positif COVID-19. Kita harap jemaah tabligh tampil membuat ujian saringan kerana daripada 1,624 kes positif COVID-19, risiko adalah lebih tinggi dari kalangan mereka,” katanya.
0 comments on “Henti diskriminasi terhadap jemaah tabligh – KP Kesihatan”