Home

Malaysia Airlines kecualikan fi perubahan tarikh

Malaysia Airlines Bhd (MAB) memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket penerbangan yang paling fleksibel, menawarkan pengubahsuaian tanpa had dan percuma kepada semua tempahan baharu dan sedia ada, berkuat kuasa serta-merta berikutan kesan penularan Covid-19.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata semua pelanggan boleh memanfaatkan perubahan tanpa had bagi tarikh penerbangan mereka dengan pengecualian fi perubahan tarikh dan mereka juga boleh mengubah suai destinasi, dengan sebarang perbezaan tambang akan dikenakan.

“Dasar ini terpakai bagi tiket yang dikeluarkan pada dan sebelum 31 Mac, 2020. Semua tempahan semula perlu dibuat pada atau sebelum 31 Mei, 2020. Perjalanan balik bagi tempahan semula itu perlu dibuat sebelum atau pada 31 Dis, 2020,” menurut syarikat itu menerusi kenyataan hari ini.

MAB berkata tempahan semula perlu dibuat di Pejabat Jualan Tiket Malaysia Airlines atau menerusi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines di talian 1-300-88-3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia) selain melalui ejen yang dilantik Malaysia Airlines.

Selain itu, penumpang yang ingin berlepas lebih awal pada hari berlepas yang sama boleh berbuat demikian, dan ia bagi perjalanan di antara 13 Mac dengan 21 Mei, 2020, tertakluk kepada kebolehsediaan, menurut MAB.

Sumber : Bernama

0 comments on “Malaysia Airlines kecualikan fi perubahan tarikh

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: