Business Home

X70 CKD dilancar, harga bermula RM94,800

SUBANG JAYA: PROTON melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD), Proton X70 ke pasaran domestik.

Model baharu menyaksikan dengan penurunan harga antara RM1,000 hingga RM5,000 mengikut varian.

Proton X70 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM94,800, manakala varian Executive 2WD (RM106,800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122,800).

Selain itu, model SUV dengan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ASEAN NCAP ini hadir dengan jaminan lima tahun perbatuan tanpa had, pakej data lima tahun berkapasiti 1-gigabait (GB) sebulan dan lima kali caj servis buruh percuma.

Model SUV paling laris pengeluar kereta nasional itu dihasilkan di kilang milik PROTON di Tanjung Malim.

Proton X70 dilancarkan oleh Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar.Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Antara kelainan yang ditampilkan menerusi model CKD, Proton X70 adalah penggunaan baru logo baharu Proton dan enjin 1.8 TGDi dengan transmisi baru iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual.

Proton X70 ditawarkan dengan warna ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, Ruby Red’, ‘ Cinnamon Brown’ dan ‘Space Grey’.

Sumber : Berita Harian

0 comments on “X70 CKD dilancar, harga bermula RM94,800

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: