PETALING JAYA: Putrajaya hari ini mengumumkan penurunan harga RON95 dan diesel di bawah harga siling yang dikuatkuasakan sejak tahun lalu.
Kementerian Kewangan pada 27 Feb tahun lalu mengumumkan harga siling RON95 dan diesel ditetapkan pada RM2.08 serta RM2.18 seliter.
Hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga RON95 diturunkan 4 sen daripada RM2.08 kepada RM2.04, RON97 dikurangkan 7 sen kepada RM2.34 dan diesel pula murah 10 sen berbanding RM2.18 mulai tengah malam ini hingga 14 Feb nanti.
Sumber : FMT
0 comments on “Harga RON95, diesel turun bawah harga siling”