Home World

Pesawat pecah tiga ketika mendarat di Istanbul

ISTANBUL: Sebuah pesawat yang menuju ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul, Turki terhempas pada Rabu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Menteri Pengangkutan Turki, Cahit Turhan berkata, kemalangan itu menyebabkan kapal terbang tersebut pecah kepada tiga bahagian.

Kata beliau, keadaan itu berlaku akibat pendaratan secara mengejut hingga menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Tambah Turhan lagi, kapal terbang itu membawa seramai 177 penumpang dan enam krew dari wilayah barat Turki di Izmir.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi ciapan di akaun Twitter berkata, pasukan bertindak kecemasan sedang berusaha keras mengeluarkan para penumpang.

Berdasarkan beberapa laporan media Turki, beberapa bahagian kapal terbang itu telah dipecahkan di bahagian untuk mengeluarkan penumpang.

Para penumpang berjaya dikeluarkan dengan selamat daripada kapal terbang yang mendarat di atas rumput itu.

Rakaman awal turut menunjukan bahagian luar kapal terbang itu telah terbakar akibat kemalangan tersebut.

Jurucakap Pegasus Airlines mengesahkan kejadian tersebut namun beliau enggan mengulas lanjut.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “Pesawat pecah tiga ketika mendarat di Istanbul

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: