Home News

Rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di KLIA

KUALA LUMPUR: Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang, awal pagi ini.

Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia susulan penularan coronavirus yang melanda wilayah di China itu, tiba pada jam 5.57 pagi.

Sebaik tiba di sini, penumpang dan kru pesawat AK8264 berkenaan, terus dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk tapisan kesihatan.

Pesawat berkenaan membawa pulang 133 individu, masing-masing 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya dalam wilayah Hubei, selain 12 kru pesawat, lapan petugas misi HADR dan enam pegawai Kedutaan Malaysia dari Beijing.

Difahamkan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung baki rakyat Malaysia yang tidak dibawa pulang dari Wuhan dalam masa terdekat.

Semalam, pesawat khas itu berlepas ke Wuhan dari klia2 pada jam 4.38 petang.

Pesawat berkenaan turut membawa bersama 500,000 sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi menangani penularan coronavirus (2019-nCoV).

Semua penumpang terbabit akan melalui tapisan kesihatan mengikut pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan, sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.

Sumber : Berita Harian & Kementerian Kesihatan

0 comments on “Rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di KLIA

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: