China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus.
“Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah mati setakat ini.
“Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam,” menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China pada lewat Sabtu.
Sumber : Astro Awani
0 comments on “Virus H5N1 pula serang China, lebih 4,000 ayam ternakan mati”