Home News

Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua mangsa terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 66 tahun serta dua cucunya masing-masing 11 dan dua tahun.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan ahli keluarga terdekat kepada kes pertama yang berlaku di Singapura.

“Saringan awal mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan selanjutnya pengesahan 2019-nCoV di MKAK (Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan) Sungai Buloh.

“Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan oleh JKN Johor sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.

“Untuk makluman, tiga kes yang dikesan positif melalui ujian yang dijalankan oleh MKAK adalah isteri dan dua orang cucu kepada kes pertama di Singapura.

“Mereka kini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan selanjutnya dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil. Manakala lain-lain kontak yang dikesan adalah negatif bagi 2019-nCoV,” katanya dalam sidang media di kementeriannya pada Sabtu.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: