Home News

Ganjaran RM5,000 cari pembunuh kucing

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kes kekejaman terhadap seekor kucing, semalam.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pelaku yang membunuh kucing itu tergamak memotong keempat-empat kaki dan mulut sehingga haiwan berkenaan mati.

“Bangkai kucing malang itu ditemui berhampiran sebuah bengkel yang kita tidak dapat dedahkan lokasinya buat masa ini.

“Animal Malaysia mohon dan merayu saksi kejadian yang tahu hal ini supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan maklumat lengkap,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Animal Malaysia.

Menurut Arie, penyaluran maklumat itu diharap membantu pihak berkuasa untuk menangkap pelaku supaya didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“Saksi atau pengadu tidak perlu khuatir kerana kerahsiaan mereka dijamin sepenuhnya dan diharap ada yang tampil memberi kerjasama.

“Maklumat boleh disalurkan kepada persatuan menerusi Whatsapp di talian 011-20901097,” katanya.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “Ganjaran RM5,000 cari pembunuh kucing

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: