Home News World

Azizulhasni pertama dunia acara keirin

KUALA LUMPUR: Ikon berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang kini menghuni tangga pertama dalam ranking dunia acara keirin. 

Berdasarkan kedudukan ranking dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Azizulhasni atau dikenali ‘The Pocket Rocketman’ mengumpul 2,560 mata untuk berada di puncak senarai manakala pesaing terdekatnya dari Jepun, Yudai Nitta berada di tangga kedua dengan 2,551 mata.

Pelumba Perancis, Sebastien Vigier berada di tangga ketiga, dipisahkan 212.5 mata di belakang Azizulhasni yang pada masa ini sudah tiga kali berada di puncak senarai (2010, 2016) manakala Yuta Wakimoto (Jepun) keempat, 2,333.5 mata. 

“Saya gembira kerana menerima pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandingan,” kata Azizulhasni yang bakal menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

“Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik,” kata Azizulhasni.

Sementara itu, rakan seperjuangan Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Sahrom kini berada di tangga ke-32 dengan 1,237 mata manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis di tangga ke-60 dengan 691 mata.

Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin pula berada di tangga ke-66 dengan 650 mata. 

Sementara itu, dalam ciapan Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Azizulhasni dan mengharapkan yang terbaik untuk atlet berkenaan di Tokyo 2020 nanti.

“Tahniah @AzizulAWANG. No.1 dunia untuk ranking Keirin yang terbaru. Wishing him the best for Tokyo 2020,” tulis Syed Saddiq.

Sumber : Berita Harian

0 comments on “Azizulhasni pertama dunia acara keirin

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: