Home News Travel

Negara Arab alami musim sejuk luar biasa

Media sosial negara Arab kecoh mengenai musim sejuk yang luar biasa yang melanda negara Teluk itu, lapor portal Stepfeed.

Di Arab Saudi, suhu jatuh ke 3° celsius, iaitu suhu yang belum pernah berlaku sebelum ini di Riyadh, di mana kawasan itu diketahui paling sejuk di negara itu. Sementara Tabuk dan Al Qasim mencatatkan suhu di bawah paras beku.

Salji juga turun di bandar-bandar di mana ia jarang turun sebelum ini. Jumlah hujan juga semakin meningkat yang mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan.

“Anda merasa seolah-olah berada di tempat paling jauh di utara Kanada sedangkan anda sebenarnya berada di Tabuk,” tulis seorang pengguna media sosial.

Di Kuwait, suhu turun mendadak serendah 1° celsius berbanding tahun sebelum ini.

“Suhu mencapai 1 dan 2 darjah pada waktu malam dan ini tidak normal di Kuwait. Saya masih ingat musim sejuk agak sejuk tetapi semakin buruk sejak 3 tahun lalu,” kata penduduknya yang dikenali sebagai Rawan.

Sementara di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), orang ramai tidak bersedia dengan penurunan suhu menyebabkan mereka terpaksa memakai banyak lapisan baju.

Cuaca musim sejuk itu menyebabkan hujan lebat dan banjir yang mengakibatkan kerosakan di beberapa kawasan minggu ini di mana suhu jatuh ke paras 0° celsius.

Pereka grafik dikenali sebagai Lara yang tinggal lebih 10 tahun di UAE berkata dia tidak pernah mengalami musim sejuk seperti sekarang.

“Saya tinggal di Dubai 10 tahun dan musim sejuk ini adalah sesuatu yang lain. Kami sering mengeluh tentang keadaan agak panas sepanjang tahun termasuk di musim sejuk tetapi sekarang tidak lagi,” katanya.

Sumber : FMT

0 comments on “Negara Arab alami musim sejuk luar biasa

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: