Home News

231 pelajar di Selangor positif Influenza A

TIADA sekolah atau kelas ditutup di Selangor susulan wabak demam Influenza A yang berlaku di seluruh negara, ketika ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Mahanom Mat Sam, berkata, setakat hari ini, seramai 231 pelajar dari 97 sekolah dilaporkan mengalami demam berkenaan.

Beliau berkata, semua pelajar terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil selain sudah mendapatkan rawatan di klinik serta hospital.

“Pelajar terbabit diberi cuti rehat dan dinasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari.

“Data berkenaan diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan data berkenaan, Klang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu membabitkan 97 pelajar dari 35 sekolah.

Menurutnya, Petaling Perdana mempunyai 53 kes dari 27 sekolah diikuti Sepang dengan 30 kes dari tujuh sekolah.

Katanya, pelajar daerah lain yang turut mengalami demam itu adalah Kuala Selangor, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

“Berikutan itu, pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan untuk memantau keadaan pelajar selain mengingati pelajar supaya mengawasi kesihatan masing-masing.

“Pihak sekolah diminta untuk membersihkan fizikal kelas, penggunaan ‘hand sanitiser’ dan penggunaan topeng muka.

“Pemeriksaan suhu badan kepada setiap pelajar turut dijalankan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya selain pelajar diberi taklimat mengenai wabak berkenaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “231 pelajar di Selangor positif Influenza A

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: