Business Home Lifestyle

Honda RS150R 2020 dilancarkan dengan harga bermula Rm8199

Mulai diumumkan sebagai ura-ura pada pertengahan tahun lalu, nampaknya Boon Siew Honda telah memilih untuk melancarkan model terbaru Honda RS150R secara rasmi dengan beberapa pembaharuan terbaru pada hari ini.

Dari segi rekaan, Honda RS150R 2020 ini tampil dengan fender belakang yang direka semula serta lampu brek yang tampak lebih runcing.

Gaya sporty pada model ini masih lagi dikekalkan dengan penawaran empat warna pilihan iaitu hitam, biru, edisi Repsol serta warna ikonik Trico daripada Honda. Honda RS150R versi ini juga nampaknya turut hadir dengan panel meter LCD digital yang memaparkan informasi yang lebih terang buat para penunggang.

Difahamkan tidak ada pembaharuan ditawarkan pada enjin dengan pengekalan enjin 149.22cc empat injap DOHC yang menghasilkan 15 kuasa kuda.

Honda RS150R sedia ditawarkan tanpa insurans dengan harga bermula daripada RM8,199 manakala model edisi Repsol ditawarkan dengan harga RM8,499. Pihak Boon Siew turut menawarkan waranti selama dua tahun atau jarak 20,000 km yang mana terdahulu buat para pembeli.

Nampaknya Yamaha Y15ZR V2 sudah mempunyai pencabar terdekat selepas Honda melancarkan model versi terbaru mereka ini.

Sumber : The Vocket

0 comments on “Honda RS150R 2020 dilancarkan dengan harga bermula Rm8199

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: