Home News

Mulai tahun baru 2020, pengguna jalan raya boleh membayar tol melalui sistem RFID di 10 plaza tol

Pada, Jan 1, 2020 (Rabu), pengguna jalan raya boleh meneruskan transaksi tol menerusi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go di 10 plaza tol sistem terbuka di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

Pendekatan bagi memberikan lebih pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran itu akan dibuka kepada semua kereta persendirian, kelas 1 iaitu kenderaan ringan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi.

Sepuluh plaza tol sistem terbuka, iaitu penetapan kadar tol berdasarkan kelas kenderaan tanpa mengira jarak perjalanan yang terbabit adalah Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan, Lunas (Lebuhraya Butterworth-Kulim), Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim), Jambatan Pulau Pinang, Mambau (Lebuhraya Seremban-Port Dickson) dan Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson).

Turut tersenarai ialah Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan), Perling (Lebuh raya Linkedua), Lima Kedai (Lebuh raya Linkedua) dan Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua).

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata penggunaan pelekat khas dengan cip RFID yang ditampal pada kenderaan dan dihubungkan kepada aplikasi Touch ‘n Go eWallet ialah pilihan pembayaran terkini, sekali gus memudahkan pengguna lebuh raya untuk menambah nilai secara dalam talian.

Dilaporkan kaedah pembayaran tol sedia ada iaitu melalui kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih diterima seperti biasa di lebuh raya PLUS.

0 comments on “Mulai tahun baru 2020, pengguna jalan raya boleh membayar tol melalui sistem RFID di 10 plaza tol

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: