Home News

Bukan ambulans KKM

KEMENTERIAN Kesihatan menjelaskan, video tular di dalam media sosial membabitkan penggunaan ambulans sebagai gimik pada majlis perkahwinan adalah disewa daripada pihak swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, majlis berkenaan berlangsung di Kuantan, Pahang dan dua ambulans digunakan untuk membawa pengantin lelaki dan perempuan ke dewan lokasi ia diadakan.

“Pihak Kementerian Kesihatan mendapati, kedua-dua ambulans yang digunakan adalah ambulans swasta dan majlis itu adalah majlis peribadi bukan majlis rasmi kementerian ini.

“Pihak pengantin menyewa ambulans itu. Pengantin lelaki adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang baru selesai program penempatan wajib dan dalam gimik berkenaan, pengantin tiba dalam ambulans yang disewa.

“Pengantin lelaki bertindak sebagai PPP yang membawa pengantin perempuan dari dalam ambulans dan kemudiannya menuju ke arah pentas persandingan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu bagi menjelaskan mengenai video tular berkenaan dengan tuduhan penyalahgunaan ambulans.

Beliau berkata, pengantin lelaki terbabit berhasrat untuk mengabdikan kenangan bagi perkahwinannya dengan menggunakan ambulans dan pakaian bertugas beliau.

“Hakikatnya, petugas ini bangga dalam tugas mereka dan menggunakan majlis perkahwinan untuk mempamerkan perasaan ini dalam majlis bersejarah mereka.

“Pihak Kementerian Kesihatan berharap masyarakat terutamanya dalam media sosial tidak tersalah membuat anggapan kerana ambulans yang digunakan adalah bukan ambulans Kementerian Kesihatan, sebaliknya disewa dari pihak swasta,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, majlis perkahwinan adalah majlis persendirian petugas PPP terbabit dan berlangsung dengan cuti yang diluluskan.

“Pihak kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan terbabit dan berharap pihak masyarakat dan media sosial mendapat gambaran yang jelas akan fakta sebenar mengenai perkara ini,” katanya.

sumber : Harian Metro

0 comments on “Bukan ambulans KKM

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: