Home News

Bekas jurulatih Momota meninggal dunia

HANYA tinggal lapan hari saja lagi jurulatih badminton negara, Izuan Ibrahim akan memulakan tugas bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun semuanya sudah ditentukan Allah SWT apabila Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 7.20 malam ini.

Izuan yang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 19 Disember lalu diberi bantuan pernafasan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dikesan mengalami pendarahan otak susulan muntah-muntah akibat migrain seterusnya tidak sedarkan diri.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Perlis (PBPs), A’amar Hashim, Malaysia kehilangan jurulatih yang sangat komited dengan kerjayanya

“Izuan Ibrahim adalah seorang jurulatih badminton terbaik yang saya kenal, hasrat beliau untuk bersama skuad remaja negara tidak kesampaian namun jasa dan bakti beliau terhadap sukan badminton akan dikenang sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Allahyarham mula menjadi tular selepas Jepun muncul juara Piala Thomas pada 2014 kerana pernah membimbing Kento Momota ketika masih remaja.

Kejayaan Jepun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Allahyarham apabila pernah berkelana di negara Matahari Terbit itu dengan melatih skuad remaja kebangsaan dan Ehime.

Bekas ketua jurulatih Perlis itu sepatutnya memulakan tugas 1 Januari 2020 sebagai jurulatih kumpulan pembangunan dan akan memantau perkembangan pemain tingkatan 1.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu isterinya, Siti Marsyhtah Muhammad dan tiga orang anak. Atas rasa keprihatinan, PBPs mewakili pihak keluarga dengan rendah diri ingin memohon semua sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya sepanjang urusan di HUSM.

Segala bantuan dan sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun bank isteri Allahyarham, akaun Maybank 116015011016(Siti Marsyhtah Muhammad).

Jenazah akan dikebumikan 12 tengah malam ini di Tanah Perkuburan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “Bekas jurulatih Momota meninggal dunia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: