PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang merancang melaksanakan reformasi sistem pencen akan melepaskan pencen khas presiden apabila tamat perkhidmatan, menurut pejabat beliau, hari ini.
Di bawah undang-undang, sejak 1955, presiden Perancis berhak mendapat pencen 6,000 euro (RM27,531) sebulan sebelum cukai, sebaik tamat perkhidmatan.
Macron akan melepaskan hak pencen dan mengubah skim pendapatan presiden bagi memastikan ia sejajar dengan reformasi meluas sistem persaraan Perancis, menurut pejabat beliau.
“Presiden Perancis akan termasuk dalam sistem mata umum yang dirancang untuk semua warganegara. Ia mengenai menjadi teladan dan seiring dengan pelaksanaan dasar,” menurut pejabat Macron.
Seluruh industri negara melakukan bantahan terhadap reformasi sistem pencen Macron, selama dua minggu. Penduduk negara itu perlu bekerja sehingga 64 tahun untuk mendapat pencen penuh.
Mogok itu menyebabkan perkhidmatan kereta api tergendala secara meluas.
Sumber: Reuters
0 comments on “Presiden Perancis jadi teladan mansuh pencen sendiri”