Home News

Lebuhraya Sungai Besi KM11.0 ditutup hingga 12 Januari depan

KUALA LUMPUR – Penutupan penuh secara berkala di Lebuhraya Sungai Besi dari KM11.0 hingga KM11.3 (arah Sungai Besi) akan dilanjutkan dari 16 Disember ini sehingga 12 Januari depan.

MMC-GAMUDA dalam satu kenyataan berkata, penutupan penuh sepanjang 300 meter itu bermula jam11 malam hingga 5 pagi berikutan terdapat kerja-kerja pemasangan kekotak segmen (SBG) dan sebarang kerja berkaitan.

“Pengguna jalan raya yang ingin ke arah Sungai Besi akan dilencongkan ke Lebuhraya Sungai Besi (arah Kuchai Lama) untuk menggunakan aliran kontra yang telah disediakan (bagi tempoh penutupan penuh ini).

“Pengguna jalan raya yang ingin ke Central Residence pula perlu membelok ke kiri selepas aliran kontra tamat. Pemandu yang ingin ke Kuchai Lama boleh menggunakan dua lorong yang akan disediakan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas. – Bernama

0 comments on “Lebuhraya Sungai Besi KM11.0 ditutup hingga 12 Januari depan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: