Business Home

Tesco pertimbang tutup operasi di Malaysia, Thailand

LONDON – Tesco, peruncit terbesar United Kingdom sedang mempertimbangkan untuk berundur dari pasaran di Asia dengan penjualan operasi menguntungkannya di Thailand dan Malaysia.

Penganalisis mengatakan 2,000 kedai Tesco yang beroperasi di bawah jenama Lotus Tesco bernilai lebih daripada 7 bilion pound.

Cawangan Tesco lain di luar negara ialah Ireland dan di Eropah tengah, termasuk Poland dan Hungary.

Syarikat itu berkata, ia sedang mengkaji semula sayapnya di Thailand dan Malaysia selepas mendapat minat daripada pembida yang berpotensi.

Dalam satu kenyataan, peruncit itu berkata, ia telah menerima “tawaran”, tetapi tidak menamakan bakal pembeli.

Tesco Lotus mempunyai 60,000 orang pekerja.

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa ia masih di peringkat awal dan “tidak ada keputusan mengenai masa depan Tesco Thailand atau Malaysia yang telah diambil”.

Operasi Asia, yang telah menggabungkan pendapatan sebanyak 4.9 bilion pound adalah “aset yang mempunyai permintaan tinggi dan berpotensi mampu mencapai harga yang ketara, kata Clive Black, penganalisis di Shore Capital.

Penilaian sebanyak 6.5 bilion hingga 7.2 bilion adalah “adil”, menurut Bruno Monteyne, penganalisis di Bernstein.

Tesco telah keluar daripada pasaran yang lebih matang seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Turki tetapi baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membuka lebih 750 kedai di Thailand.

Margin di Thailand juga lebih tinggi, pada 6%, berbanding dengan 3% untuk UK, katanya.

Sekiranya jualan tidak diteruskan, syarikat itu akan hanya memiliki cawangan di UK dan Ireland, dan di Eropah merangkumi Republik Czech, Hungary, Poland dan Slovakia.

Sumber : MalaysiaGazette

0 comments on “Tesco pertimbang tutup operasi di Malaysia, Thailand

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: