Home World

Letusan gunung berapi New Zealand: Seorang rakyat Malaysia maut

WELLINGTON: Sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden letusan gunung berapi di White Island yang berlaku pada Isnin.

Ia disahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand setelah dihubungi pihak berkuasa negara itu pada pagi Selasa waktu tempatan.

Bagaimanapun, butiran mangsa masih belum diketahui kerana siasatan masih dijalankan.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meminta orang ramai untuk menghubungi mereka jika menerima maklumat tentang mana-mana rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu. 

Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden mengesahkan pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Malaysia merupakan antara mangsa yang hilang dan cedera berikutan ledakan gunung berapi tersebut.

Semasa kejadian, seramai 47 orang pelancong dilaporkan ke pulau tersebut.

Daripada jumlah itu, lima terbunuh, lapan masih hilang, 31 orang masih dirawat di hospital dan tiga lagi dibenarkan keluar.

Gunung berapi White Island yang popular dalam kalangan pelancong meletus secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada ramai pengunjung.

Sumber :astro awani

0 comments on “Letusan gunung berapi New Zealand: Seorang rakyat Malaysia maut

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: