Home Lifestyle

Honda City 2020 dilancarkan

Honda City sememangnya menjadi model yang ikonik buat Honda. Model ini nampaknya turut menjadi kereta pilihan Rakyat Malaysia bagi segmen-B meskipun menawarkan harga yang sedikit tinggi berbanding jenama-jenama yang lain.

Selepas hampir enam tahun, Honda City generasi terkini menghiasi jalan raya, Honda nampaknya tampil dengan pembaharuan melalui model generasi terbaru sempena tahun 2020. Rekaan pada kali ini dilihat lebih sporty dan moden mengikut acuan Honda Civic

Tidak hanya menawarkan rekaan yang memukau, Honda nampaknya tampil dengan pembaharuan pada bahagian enjin dengan memuatkan enjin 1.0 liter turbo. Menawarkan lebih kuasa berbanding model sebelum ini, enjin ini dikuasakan dengan 122 Ps dan 173Nm tork.

Nak tahu apa yang lebih membuatkan orang ramai teruja? Honda menjanjikan penguasakan bahan api serendah 23.8km/l sahaja. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang mendapatkan penguasaan kelajuan Honda City serta tidak penggunaan minyak yang efisien.

3421714

Model generasi terbaru ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan meliputi ABS, EBD, BA dan VSA. Kesemua ciri keselamatan ini ditawarkan pada keempat-empat varian iaitu S,V, SV dan RS.

Di Thailand, Honda City mula ditawarkan dengan harga bermula daripada 579,500 baht (RM80,035) bagi varian S diikuti dengan harga 609,000 baht (RM84,107) bagi varian V, 665,000 baht (RM91,848) bagi varian SV dan 739,000 baht (RM102,061) untuk varian tertinggi iaitu RS.

Pelancaran di Thailand ini sekaligus memberi indikasi bahawa model ini bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Harga bagi pasaran Malaysia juga masih belum disahkan ketika ini. Berikut merupakan iklan Honda City 2020 bagi pasaran Thailand

Sumber : Vocket

0 comments on “Honda City 2020 dilancarkan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: