Home World

Pesawat Congo terhempas, ramai maut

GOMA: Sebuah pesawat komersil dengan 17 penumpang terhempas di bandar Goma, timur Republik Demokratik Congo, hari ini, sehingga mengorbankan sejumlah mangsa, menurut pejabat gabenor wilayah.

Pesawat itu yang dikendalikan syarikat tempatan, Busy Bee terhempas ketika berlepas untuk penerbangan ke bandar Beni, menurut kenyataan pejabat Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita.
Jumlah kematian masih belum diketahui dan Busy Bee gagal dihubungi untuk ulasan.

Kemalangan udara kerap di Congo kerana standard keselamatan rendah dan penyelenggaraan teruk. Semua syarikat penerbangan komersil negara itu diharamkan beroperasi di Kesatuan Eropah (EU).
Oktober lalu, sebuah pesawat kargo yang berlepas dari lapangan terbang sama terhempas, sejam selepas berlepas dan mengorbankan semua lapan penumpang.
Sumber :Reuters

0 comments on “Pesawat Congo terhempas, ramai maut

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: