Home News

12 maut termasuk empat pelajar nahas jalan raya di Slovakia

BRATISLAVA: Sekurang-kurangnya 12 maut, termasuk empat pelajar, apabila bas awam membawa pelajar dan trak dipenuhi batu dan tanah bertembung di kawasan pergunungan di barat Slovakia semalam.

Pegawai berkata, 20 cedera dalam nahas itu, yang berlaku di pinggir bandar raya Nitra, ibu negeri wilayah berkenaan terletak kira-kira 80 kilometer ke timur Bratislava.

Lokasi kejadian berlaku selalu dirujuk sebagai ‘Jalan Kematian’, menurut laporan media.

Imej dari lokasi kemalangan menunjukkan trak terbalik dan bas tersepit dalam parit, dengan sejumlah besar tanah dan batu berselerak di atas jalan raya.

“Kebanyakan remaja, pelajar sekolah menengah, berada dalam bas dari Nitra ke Jelence,” kata jurucakap pasukan bomba Nitra, Michal Varga, menambah trak itu dipenuhi batu.

Beliau menambah, punca nahas belum diketahui.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata dalam laman Facebook bahawa angka kematian adalah 12 dan 20 lagi cedera.

Sumber: AFP

0 comments on “12 maut termasuk empat pelajar nahas jalan raya di Slovakia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: