Home News World

Malaysia akan buka kedutaan untuk Palestin

Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi membolehkannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Baku, Azerbaijan.

Kedutaan itu akan ditempatkan di Jordan, katanya ketika menyampaikan ucapan kepada para pemimpin dan wakil dari 120 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak NAM ke-18.

“Kami tahu Israel tidak akan membenarkan Malaysia membuka kedutaan di wilayah yang diduduki. Oleh itu kami akan membuka kedutaan di Jordan,” kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri berusia 94 tahun itu berkata pembukaan kedutaan itu akan membolehkan Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin lebih mudah, walaupun beliau mengakui bahawa Israel akan mencari jalan untuk memastikan tidak ada bantuan yang akan sampai ke Palestin.

“Saya juga ingin membawa sidang kemuncak itu untuk mengenang nasib malang saudara-saudara Palestin kita. Palestin masih diduduki oleh rejim yang kejam. Rejim ini terus memperluas penempatan haram di tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin,” kata beliau.

Beliau berkata komuniti antarabangsa tidak berbuat apa-apa dan tidak dapat mengambil apa-apa tindakan walaupun Israel terus mendera Palestin.

“Malang sekali apabila pertubuhan dunia yang ditubuhkan oleh negara yang cukup berkuasa, kini menyaksikan bahawa mereka sendiri tidak mengendahkan resolusi yang dihasilkan badan dunia itu. Kini kita lihat negara-negara lain turut berbuat demikian,” tambahnya.

Beliau berkata Israel telah mengumumkan hasratnya untuk menduduki bahagian-bahagian di Tebing Barat – langkah yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa, di samping menuntut Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya.

“Banyak negara-negara barat menyokong langkah ini dengan memindahkan, atau menetapkan untuk memindahkan kedutaan mereka ke sana, Malaysia tidak bersetuju dengan perkara ini,” katanya.

Dr Mahathir turut mengambil kesempatan untuk menggesa negara-negara anggota NAM yang telah berpindah ke Baitulmuqaddis atau merancang untuk berpindah ke sana, supaya mengkaji semula keputusan itu.

Ketika ini terdapat lebih 30 pejabat diplomat dan pertubuhan antarabangsa di Ramallah serta Gaza di kawasan Palestin, dan Palestin pula ketika ini mempunyai pejabat kedutaan di Kuala Lumpur, manakala Duta Besar Malaysia ke Mesir adalah khusus buat Palestin.

Dalam ucapan di Pertubuhasn Bangsa-bangsa Bersatu bulan lepas, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak dapat menerima rampasan tanah Palestin secara terang-terangan oleh Israel untuk membina penempatan mereka, dan juga pendudukan Baitulmuqaddis oleh Israel.

Malaysia, katanya menerima pembentukan negara Israel sebagai “fait accompli’ atau sesuatu yang telah berlaku, namun menegaskan bahawa pembentukan itu mewujudkan permusuhan terhadap kaum muslim dan juga Islam.

Sumber : Bernama

0 comments on “Malaysia akan buka kedutaan untuk Palestin

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: