Home News World

Taufan Hagibis landa Jepun, 600,000 penduduk dinasihat berpindah

TOKYO: Taufan Hagibis bergerak ke Jepun hari ini, menuju terus ke ibu kota negara itu dengan membawa hujan yang memecah rekod 60 tahun.

Keadaan itu memaksa arahan pemindahan dikeluarkan, menyebabkan gangguan kepada sistem pengangkutan dan gangguan bekalan elektrik walaupun belum tiba.

Disenaraikan sebagai ‘besar dan amat kuat’, ribut itu sudah pun memaksa pembatalan dua pertandingan Piala Dunia Ragbi, mengganggu Grand Prix Suzuka dan menyebabkan lebih 1,600 penerbangan dibatalkan.

Ia diramalkan tiba di tengah atau timur Jepun awal hari ini, membawa kelajuan angin maksimum 219 kilometer sejam, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun (JMA).

Hagibis dijangka menjadi ribut pertama disenaraikan ‘amat kuat’ melanda pulau Honshu sejak 1991 apabila sistem kategori diperkenalkan, lapor media.

Ia juga adalah ribut kuat luar biasa, dan dijangka membawa angin kencang dan laut ganas ke sebahagian besar negara itu.

Hujan yang dijangka turun, terutamanya, menimbulkan kebimbangan, dengan JMA memberi amaran air pasang tinggi menjelang kejadian bulan penuh yang meningkatkan risiko banjir.

Ia mengeluarkan amaran bagi angin kencang, ombak tinggi, tanah runtuh dan banjir serius bagi beberapa kawasan besar di Honshu.

Arahan pemindahan tidak wajib dikeluarkan kepada 600,000 penduduk di timur Jepun, menurut stesen penyiar NHK.

Sumber : AFP

0 comments on “Taufan Hagibis landa Jepun, 600,000 penduduk dinasihat berpindah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: