Home News

Belanjawan 2020: Pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti rawatan persenyawaan tabung uji atau in-vitro fertilisation (IVF).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama, berkata pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 yang diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius, akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan.

“Hari ini kadar kesuburan di Malaysia menurun dengan ketara daripada 4.9 bayi pada 70-an kepada 1.9 bayi bagi setiap wanita, iaitu di bawah paras penggantian,” katanya di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Lim berkata, mulai Januari tahun depan, MySalam iaitu skim perlindungan kesihatan takaful percuma, dipanjangkan kepada perlindungan ke atas 45 penyakit kritikal, termasuk penyakit terminal dan polio, berbanding hanya 36 penyakit sedia ada.

Lim berkata, MySalam turut memanfaatkan kepada individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000.

“Mereka akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM4,000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, apabila didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan.

“Ia juga diperluaskan kepada individu yang berumur sehingga 65 tahun berbanding dengan 55 tahun sekarang, yang akan memberi manfaat tambahan kepada 1.5 juta individu,” katanya.

Dalam pada itu, Lim berkata, kerajaan akan memperluaskan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) kepada individu yang berusia 40 tahun dan ke atas mulai tahun depan.

Jelasnya, setakat ini, 100,000 individu memperoleh manfaat daripada inisiatif itu yang menyediakan pemeriksaan dan intervensi awal, bagi mengesan penyakit tidak berjangkit, seperti kesihatan mental dan kanser untuk mereka berusia antara 50 tahun hingga 60 tahun.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “Belanjawan 2020: Pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: