Home News

Malaysia menduduki tempat pertama pencemaran udara tertinggi dunia

KUALA LUMPUR: Amat malang sekali apabila negara menjuarai statistik global dalam perkara yang tidak diingini.

Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu, Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi dunia.

Berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada Rabu jam 6.20 pagi, Malaysia mencatat bacaan IPU 266.

Ia merupakan bacaan tertinggi di dunia, diikuti Afrika Selatan (217), Indonesia (207), India (194) dan China (178).

Negara jiran seperti Singapura mencatat bacaan IPU 102, sementara Thailand pula 147.

Namun, bacaan IPU mengikut negeri semakin reda hari ini setakat jam 6 pagi memandangkan tiada satu lokasi yang mencatatkan bacaan IPU melepasi tahap berbahaya.

Secara keseluruhan, enam kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Balik Pulau di Pulau Pinang.

Sementara itu, 41 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat, kebanyakannya di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Sabah.

Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula hari ini akibat situasi jerebu yang semakin memburuk.

sumber : astro awani

0 comments on “Malaysia menduduki tempat pertama pencemaran udara tertinggi dunia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: