Home News

Info untuk pemandu untuk pulang Hari Raya naik highway PLUS

Musim raya tahun ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan akan terdapat dua juta kenderaan berbanding 1.7 juta pada hari biasa.

Itu bermakna sebanyak 18 peratus lebih kereta ketika perjalanan anda pulang ke kampung!

Oleh itu, PLUS telah merangka strategi untuk menghadapi kesesakan lalu lintas untuk keselesaan anda.

Pihak PLUS mengesyorkan kepada pengguna lebuh raya dibawah syarikat konsesi tersebut untuk mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).

Untuk perjalanan balik kampung, PLUS mencadangkan agar pengguna pulang sebelum jam 10 pagi antara tempoh 30 Mei hingga 10 Jun khususnya bagi yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dan Johor.

Manakala mereka yang menghala ke negeri berdekatan Lembah Klang seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya selepas jam 10 pagi.

Jadual seperti ini direka untuk mengagihkan trafik di lebuh raya sekali gus dapat mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan.

Pihak PLUS juga telah menutup semua lorong tambah nilai dan berjalan sebagai tol biasa bagi melancarkan perjalanan ke kampung.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mempunyai jumlah baki yang mencukupi atau singgah di kawasan tambah nilai seperti di kawasan rehat dan stesen minyak atau agensi yang terlibat.

Untuk menjamin keselamatan pengguna, pihak PLUS juga bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari segi penguatkuasaan di lebuh raya antaranya dengan menyediakan mesin timbang mudah alih untuk mengesan kenderaan lebih muatan.

Kerja-kerja menaiktaraf di sepanjang Lebuh Raya Utara Selamat juga dihentikan oleh PLUS bermula Mei 31 Mei hingga Jun 10.

Pada Hari Raya Pertama juga, pengguna lebuhraya PLUS dan LPT2 bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20% pada Hari Raya Pertama pada 5 Jun (Rabu) ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, “Pada 5 Jun ini, pelanggan lebuh raya PLUS akan diberikan diskaun tol sebanyak 20 peratus ketika membayar tol di antara jam 12:00 tengah malam hingga 11:59 malam. Ia diberikan sebagai penghargaan terhadap sokongan pelanggan bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.”

Diskaun tol 20% ini diberikan kepada pelanggan kenderaan persendirian ketika mereka membayar tol di Lebuh raya PLUS iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Jambatan Pulau Pinang. 

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan mula memasuki lebuh raya pada jam 10 malam pada 4 Jun tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran/transaksi tol pada jam 2 pagi pada 5 Jun, mereka tetap akan layak menikmati diskaun tersebut.

Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua). Ia juga tidak ditawarkan kepada pelanggan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang menikmati diskaun tol 20 peratus yang sedia ada.

Sumber: Agensi dan PLUS Malaysia

0 comments on “Info untuk pemandu untuk pulang Hari Raya naik highway PLUS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: