Lorong kiri Lebuh Raya Persekutuan atau Federal Highway dari arah ibu negara menghala ke Petaling Jaya, akan ditutup bermula esok (Mei 26) hingga Jun 9.
Jalan raya akan ditutup dari pukul 10 malam hingga 6 pagi itu adalah untuk kerja pelancaran dan pemasangan rasuk sementara bagi projek Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE).
Menurut Lebuh Raya DUKE Fasa 3 Sdn Bhd (LDF3) dalam satu kenyataan, pasukan tindakan kecemasan (ERT) daripada SPE akan ditempatkan bagi memantau keadaan dan memudahkan aliran trafik jika wujud masalah di kawasan terbabit.
“LDF3 menasihati semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu di kawasan pembinaan dan mematuhi arahan pegawai trafik serta papan tanda lalu lintas di lokasi berkenaan.
“LDF3 memohon maaf atas segala kesulitan dihadapi pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan dijalankan,” menurut kenyataan itu, semalam.
Orang ramai boleh merujuk lawan sesawang rasmi DUKE dan Facebook Setiawangsa Pantai Expressway – DUKE 3, atau hubungi Hotline DUKE melalui talian 03-62513100 untuk maklumat lanjut.
Sumber: Agensi Media
0 comments on “Penutupan lorong kiri Federal Highway mulai Ahad hingga Jun 9.”