Pengguna jangan risau ! Syarikat teknologi, Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan untuk telefon pintarnya serta gajet lain-lain seperti tablet.
Pengumuman dibuat oleh pihak Huawei selepas Google mengumumkan akan mematuhi arahan melarang firma China itu daripada mengemas kini sistem operasi Android.
“Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan jualan kepada semua telefon pintar dan tablet Huawei serta Honor, merangkumi produk yang telah dijual dan masih lagi dalam stok di seluruh dunia.
“Kami akan terus membina ekosistem perisian yang selamat dan mapan, bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia,” katanya.
Baru-baru ini, Google telah menggantung aktiviti perniagaan bersama Huawei yang memerlukan pemindahan peralatan, perisian dan perkhidmatan teknikal kecuali yang disediakan secara umum melalui lesen sumber terbuka.
Sumber – Agensi
0 comments on “Pemilik telefon Huawei masih boleh guna aplikasi Google”