Home World

Jokowi kekal Presiden Indonesia untuk penggal kedua

JAKARTA: Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dipilih sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua selepas menewaskan pencabarnya, jeneral bersama Prabowo Subianto dengan margin 55.5 hingga 44.5 peratus, kata suruhanjaya pilihan raya.

“Keputusan ini diumumkan pada 21 Mei dan berkuat kuasa serta merta,” kata pengerusi suruhanjaya, Arief Budiman dalam satu kenyataan secara langsung yang disiarkan oleh semua media utama.

Suruhanjaya itu dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya 17 April itu esok.

ARIEF Budiman. – Foto Reuters

Walaupun diselubungi kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kekacauan sebagai reaksi terhadap kiraan akhir, keputusan berkenaan dikeluarkan lebih awal tanpa sebarang notis.

Terdahulu Jokowi diramalkan memenangi pilihan raya berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Pencabarnya, Prabowo sebelum ini berikrar untuk mencabar sebarang keputusan yang memihak kepada Jokowi dengan mendakwa wujud penipuan dalam kiraan undi dan memberi amaran, perkara itu akan mencetuskan rusuhan jalanan.

Sejumlah 32,000 pegawai keselamatan sudah dikerahkan ke seluruh Jakarta termasuk di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum yang turut dihadang dengan kawat berduri.

Sumber : AFP

0 comments on “Jokowi kekal Presiden Indonesia untuk penggal kedua

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: