Gadget Home World

Google batalkan perkhidmatan bersama Huawei

Pengurus internet terbesar Amerika Syarikat yang menguasai pasaran telefon pintar dengan sistem operasi mudah alih Android, memutuskan hubungan bersama firma teknologi China, Huawei, yang dikatakan ancaman negara oleh Washington.

Di tengah-tengah perang dagangan bersama Beijing, Presiden Donald Trump melarang syarikat-syarikat AS daripada terbabit dengan urus niaga telekomunikasi bersama syarikat asing yang dikatakan mengancam keselamatan AS.

Langkah itu menyasarkan Huawei, syarikat telekomunikasi terbesar China yang disenaraikan oleh Jabatan Perdagangan di Amerika sebagai antara firma yang mana syarikat negara itu hanya dibenarkan berurus niaga selepas mendapatkan lampu hijau daripada pihak berkuasa.

Larangan itu juga termasuk perkongsian teknologi.

Langkah itu akan memberikan implikasi dramatik memandangkan Google, sama seperti semua syarikat teknologi lain, perlu bekerjasama dengan pembuat telefon pintar bagi memastikan sistemnya sepadan dengan peranti.

Google akan terpaksa menghentikan aktiviti perniagaan bersama Huawei yang membabitkan pemindahan peralatan, perisian dan perkhidmatan teknikal yang tidak disediakan secara umum.

Ini bermakna, Huawei hanya boleh menggunakan versi sumber terbuka Android, kata sumber yang rapat dengan perkembangan itu kepada AFP.

Huawei tidak lagi mempunyai akses kepada aplikasi dan perkhidmatan Google, seperti perkhidmatan e-mel Gmail.

Huawei tidak memberikan maklum balas kepada permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Huawei adalah peneraju dalam teknologi 5G namun kekal bergantung kepada pembekal asing.

Ia membeli komponen bernilai AS$67 bilion setiap tahun, termasuk kira-kira AS$11 bilion daripada pembekal AS, menurut akhbar perniagaan The Nikkei.

Sumber – Agensi


0 comments on “Google batalkan perkhidmatan bersama Huawei

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: