Tanpa Mohamad Salah dan Roberto Firmino, Liverpool masih berbisa di halaman rumahnya, Anfield apabila membenam Barcelona 4-0 dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, terus mara ke final buat musim kedua berturut-turut.
Selepas kalah sebanyak 0-3 pada Barcelona di Camp Nou minggu lalu, anak-anak buah Jurgen Klopp sedar mereka perlu mencari empat gol di depan penyokong sendiri dan mengelak dibolosi jika mahu mara ke peringkat seterusnya.
Namun Divock Origi dan Georginio Wijnaldum menggalas tugas dengan baik apabila masing-masing meledak dua gol untuk memastikan kemenangan sensasi Liverpool.
Reds menang secara agregat 4-3, sekali gus akan menentang pemenang di antara Tottenham atau Ajax dalam perlawanan akhir di Stadium Wanda Metropolitan, Madrid pada 2 Jun ini.
Sumber: Agensi
0 comments on “Liverpool maju depan empat mata”