Home World

Manchester United potong gaji pemain sebanyak 25 peratus

Kegagalan meraih slot Liga Juara-Juara (UCL) musim depan menyaksikan pemain-pemain Manchester United dipotong sebanyak 25 peratus.

Keputusan seri 1-1 di tempat lawan ketika menentang pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Huddersfield Town telah memusnahkan harapan Red Devils untuk menamatkan saingan liga dikedudukan empat terbaik.

Pengendali United juga menyatakan hasrat untuk melakukan rombakan besar-besaran untuk membentuk pasukan musim depan sekali gus berkemungkinan besar ramai pemain-pemain yang akan berhijrah ke kelab lain.

Penurunan gaji itu akan mungkin mendorong Real Madrid untuk mengatur langkah awal untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba.

Pemain tengah itu akan kehilangan sebanyak 75,000 pound (RM408,000) setiap minggu daripada gajinya ketika ini sebanyak 300,000 pound (RM1.6j) seminggu dengan nilai 3.9 juta pound (RM22 juta) setahun.

Sumber Old Trafford mendedahkan pengurangan gaji dibuat untuk memastikan pendapatan kelab itu tidak mengalami kejatuhan selepas terkeluar daripada UCL seperti didedahkan oleh akhbar Britain, bulan lalu.

Pemain yang mengalami potongan gaji paling teruk terjejas adalah Alexis Sanchez yang menerima sebanyak 6.5 juta pound (RM35 juta) setahun selepas gaji mingguannya berkurangan daripada 500,000 pound (RM2.7 juta) seminggu kepada 375,000 pound (RM2 juta) seminggu.

Romelu Lukaku dengan gaji sebanyak 3.25 juta pound (RM17.6 juta) juga terbabit manakala David De Gea menurun kepada 2.6 juta pound (RM14.1 juta) setahun.

Dalam pada itu, Fred dan Anthony Martial dijangka bakal meninggalkan United selepas pendapatan mereka terjejas. 

Sumber: Agensi

0 comments on “Manchester United potong gaji pemain sebanyak 25 peratus

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: