Dua hari sebelum pertabalannya, Raja Thailand iaitu Raja Maha Vajiralongkorn melangsungkan perkahwinannya dengan Jeneral Suthida Vajiralongkorn pada Mei 2.
Suthida kini bergelar Permaisuri Suthida selepas menangani borang perkahwinan, merupakan timbalan ketua pasukan pengawal pribadi Raja Thailand.
Pengumuman kejutan itu dijadikan Warta Kerajaan dan rakaman daripada upacara perkawinan yang berlangsung semalam secara langsung pada semua saluran televisyen di Thailand.
Vajiralongkorn, 66, yang juga dikenali dengan gelaran Raja Rama X, menjadi raja selepas kematian ayahnya, Raja Bhumibol Adulyadej, pada Oktober 2016. Raja Bhumibol berkhidmat selama 70 tahun di atas takhta.
Vajiralongkorn akan ditabalkan pada hari Sabtu (Mei 4), diikuti dengan perarakan di Bangkok keesokan harinya.
Pada tahun 2014, Vajiralongkorn melantik Suthida Tidjai, seorang bekas atendan penerbangan Thai Airways sebagai timbalan komander unit pengawalnya.
Beberapa pemerhati kerajaan dan media asing sebelum ini pernah mengaitkan Suthida dengan Vajiralongkorn tetapi pihak istana tidak pernah mengakui hubungan intim antara mereka.
Vajiralongkorn melantik Suthida sebagai jeneral penuh dalam Tentera Diraja Thai pada bulan Disember 2016 dan komandan pengawal peribadi raja pada tahun 2017.
Suthida juga diberi gelaran Thanpuying – gelaran diraja yang bermaksud Lady.
0 comments on “Raja Thailand kahwin pengawal peribadi, Jeneral Suthida”