Home News

Anggota Bomba selamatkan kucing tersepit di enjin forklift

BALAKONG – Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seekor kucing yang tersepit di enjin sebuah forklift di sebuah kilang di Taman Taming Jaya di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 pagi.

“Sepasukan enam anggota dan pegawai dari BBP Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati dua kaki kucing itu sudah terputus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan haiwan itu.

“Kita juga telah membuat rawatan kecemasan pada kucing yang dianggarkan berusia 2 tahun,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

0 comments on “Anggota Bomba selamatkan kucing tersepit di enjin forklift

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: