Home Travel

Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 50 peratus

KUALA LUMPUR : Bagi yang ingin menyambut kedatangan Ramadan di kampung halaman bersama keluarga, ini peluang terbaik untuk anda melakukannya.

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines kini menawarkan potongan diskaun bagi kadar tambang sehingga 50 peratus bermula hari ini sehingga 8 Mei depan.

Ia adalah bersempena dengan kempen Ultimate Travelisious Deals yang dilancarkan oleh syarikat tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Perolehannya Ignatius Ong,kadar potongan itu ditawarkan kepada pelanggannya yang merancang untuk ke destinasi antarabangsa dan berpeluang menikmati kadar tambang serendah (RM379) bagi penerbangan ke Phuket,Kochi dari (RM399) dan Bali (RM629) bagi kelas ekonomi.

MAS juga menawarkan diskaun yang sama bagi destinasi ke China iaitu serendah (RM589) ke Nanjing, (RM689)  ke Hong Kong dan RM1,089 ke Shanghai.

“Bagi destinasi ke Perth Australia pula kami menawarkan tambang bermula dari (RM999), Seoul (RM1,099), Tokyo (RM1,199) dan London (RM2,499)”.

Sementara itu pelanggan yang tidak membawa lebih bagasi tambahan boleh menikmati tambang economy Lite bagi destinasi domestik dengan harga serendah RM69 ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kuching (RM99) serta Kota Kinabalu (RM159).

Semua tawaran tersebut adalah sah untuk perjalanan bermula 29 April 2019 sehingga 31 Mac 2020

Sumber : Astro awani

0 comments on “Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 50 peratus

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: