Home World

Gunung Agung meletus lagi

DENPASAR: Gunung Agung di Bali meletus sekali lagi dengan penampakan abu panas setinggi 5.1 kilometer dari paras laut.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku jam 3.21 pagi waktu tempatan pada Ahad.

“Abu letusan dilihat berwarna kelabu dengan kemungkinan bergerak menuju ke arah barat daya.

“Letusan ini direkodkan menggunakan kaedah seismogram dengan amplitud maksimum 25 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 2 minit 55 saat,” jelasnya.

Agensi itu juga memberitahu bahawa Gunung Agung kini berada dalam keadaan tahap tiga atau bersiap sedia.

Masyarakat tempatan dan juga para pelancong diminta untuk tidak melakukan aktiviti di sekitar 4 kilometer dari kawasan puncak gunung tersebut.

Tahun lalu, Gunung Agung pernah menggemparkan penduduk apabila memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “Gunung Agung meletus lagi

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: