COLOMBO: Tujuh ditahan dan 3 pegawai polis terbunuh dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Colombo hari ini, ketika angka korban akibat satu siri letupan di gereja dan hotel mewah di Sri Lanka kini melebihi 200 orang, kata polis dan media tempatan.
“Kita mempunyai maklumat 207 kematian dari semua hospital. Berdasarkan maklumat itu, setakat ini kita mempunyai 450 mangsa cedera dimasukkan ke hospital,” kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera kepada wartawan di Colombo.
Belum ada butiran mengenai serbuan ke atas rumah di ibu negara Sri Lanka itu.
Lapan letupan, dengan sebilangannya yang pegawai beritahu dilakukan pengebom berani mati, yang menyebabkan kawalan keselamatan diperketatkan dan kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung serta larangan ke atas media sosial utama, termasuk Facebook dan WhatsApp.
0 comments on “Angka korban letupan di Sri Lanka melebihi 200 orang”