Home News World

Tun Dr Mahathir antara 100 individu paling berpengaruh TIME 2019

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merangkul gelaran sebagai salah seorang individu paling berpengaruh bagi tahun 2019 dalam senarai tahunan oleh majalah TIME.

Senarai ‘100 Most Influential People’ dikeluarkan setiap tahun oleh TIME sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Antara individu ternama dalam bidang politik yang turut tersenarai adalah Presiden Donald Trump, pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan ahli kongres wanita Amerika Syarikat paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez

Turut tersenarai adalah ikon dalam bidang muzik seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Khalid dan Taylor Swift.

Kemasukan kumpulan K-Pop BTS dalam senarai tersebut turut diraikan oleh peminat ARMY.

Antara yang lain termasuk ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool tersohor, Mohamed Salah dan pemain tenis Naomi Osaka.

Bagi bidang filem pula, pelakon seperti Sandra Oh, Rami Malek, Dwayne Johnson, Emilie Clarke, Yalitza Aparicio antara yang tersenarai oleh TIME.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “Tun Dr Mahathir antara 100 individu paling berpengaruh TIME 2019

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: