Home Travel

Bandar raya buatan tumpuan dunia

TANYA siapa sahaja mengenai percutian ke Dubai, rata-rata kata itu negara kaya dan mahal kalau nak ke sana.

Hakikatnya, Ya.. bagi mereka yang memilih pakej percutian mewah. Tetapi semuanya bergantung kepada individu bagaimana cara merancang perbelanjaan menerusi pakej berpatutan menerokai pelbagai lokasi menarik di bandar raya itu.

Dubai satu daripada tujuh membentuk Emeriah Arab Bersatu (UAE) menyediakan pelbagai pakej yang sangat baik kerana mempunyai pelbagai tarikan termasuk taman tema cukup luas, berhawa dingin yang memberi pengalaman menakjubkan.

Malah ada Dubai Akuarium & Zoo dalam air, Ski Dubai, taman dinasour, pusat-beli belah terbesar dan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, hotel, restoran dan kafe mesra keluarga.

Ini diakui Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Tourism, Issam Kazim yang menegaskan pelancong termasuk dari Malaysia perlu mengubah persepsi itu.

Katanya, pelancong pasti teruja dan mahu meneroka pelbagai lokasi menarik yang datang daripada kumpulan umur berbeza.

“Boleh memilih ikut jadual destinasi yang sesuai dengan kehendak dan keperluan. Kami mahu mengubah persepsi itu dan kajian dilakukan setiap tahun berkaitannya.

“Dubai ada banyak tarikan dan yakin ramai mahu melawat, menginap serta menerokai industri pelancongan ditawarkan.

“Kita mengenal pasti ada jurang dalam pasaran di rantau ini seperti perlu menyediakan taman tema kerana ada permintaan dan potensi terhadap industri itu, ” katanya ditemui Media Malaysia ketika lawatan ke beberapa destinasi berasaskan keluarga di Dubai, baru-baru ini.

Issam berkata, dari segi penginapan, Dubai mempunyai hotel pelbagai kategori dibina penuh berperancangan.

Katanya, 50 peratus bilik bersambung dengan pintu memudahkan keluarga memilih hotel dan taman tema dibina bertaraf antarabangsa.

“Jadi kalau orang tanya, mengapa perlu lawat Dubai? Jawapannya kerana terlalu banyak tempat menarik, perkara dan aktiviti boleh dilakukan di sini.

“Kalau kata dubai mahal, mereka boleh memilih hotel bersesuaian dengan bajet dan bijak tawar-menawar ketika membeli-belah,” katanya.

Justeru, Dubai Dubai juga terkenal dengan pulau buatan manusia di persisiran pantainya yang dikenali dengan nama Atlantis, The Palm dan The World itu, meliputi dua juta orang penduduk tempatan manakala 80 peratus dihuni oleh pelbagai bangsa dari seluruh dunia, khususnya India, Pakistan, China dan Amerika Syarikat.

Dubai kini sedang pesat membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah acara Expo 2020, sebuah acara global yang dijangka membawa keuntungan ekonomi yang besar untuk bandar raya berkenaan sentiasa menggamit pelancong berkunjung ke sana.

ANTARA TARIKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI DUBAI.

1. Dubai Aquarium dan Zoo Bawah Air

AKUARIUM terbesar dan paling menakjubkan di dunia, terletak di Dubai Mall. Tangki gergasi dengan 10 juta liter dihuni lebih 33,000 haiwan akuatik daripada 140 spesies kehidupan laut seperti 300 ikan jerung, ketam dan sotong gergasi.

Sambil berjalan pelawat boleh melihat secara dekat melalui terowong akuarium sepanjang 48 meter menyelubungi anda dari atas dan sekitar.

Semua pasti meneroka alam haiwan berkenaan pelbagai saiz, rupa dan warna.

2. Global Village

PUSAT sehenti mempamerkan pelbagai budaya, hiburan dan tempat membeli-belah yang luar biasa dan terbaik di dunia. Reka bentuk bangunannya unik umpama istana tersergam indah memberikan pengalaman indah sarat dengan pelbagai aktiviti.

Mempunyai 27 pavilion negara mewakili 75 budaya dari seluruh dunia. Lebih 12,000 pertunjukan, konsert, lagak berani artis dan bintang antarabangsa serta lebih 20 penghibur kaki lima beraksi dengan tiket berharga AED15 (RM16.70).

Terlalu banyak tarikan di setiap pavilion seperti, negara Balkan, Asia Selatan Bangladesh, Sri Lanka dan Nepal dan negara Ameriyah Arab Bersatu (UAE).

Ingin membeli rempah tradisional dari India, Hello Kitty alat tulis (Asia Barat), patung Matryoshka (Russia), ukiran kayu (Afrika), permaidani buatan tangan (Iran) dan madu sidr (Turki), jaket kulit (Pakistan), kopi Emiratie gahwa minyak wangi (Asia Barat) dan banyak lagi, di sinilah tempatnya.

Turut terpampang skrin LED yang memaparkan pemandangan indah sekitar Dubai, selain 23 restoran dan kafe terbaik dari negara tertentu.

3. Dubai Parks and Resorts

TIGA taman tema utama, iaitu Legoland, Bollywood dan Motiongate. Pusat permainan hiburan anda disambungkan ke satu lokasi.

Di Legoland, pengalaman membina kereta, watak kartun dan bangunan interaktif dengan bongkah lego pasti anda teruja.

Di sini ada enam tema dengan di tengahnya Miniland, iaitu kubah berhawa dingin setinggi 25 meter. Menjadi kawasan interaktif terdiri daripada bata 20 juta lego, memaparkan pemandangan langit ikonik Dubai dan mercu tanda utama dan beberapa bangunan lain di dunia.

Contohnya, struktur lego bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa (siap dibina selama 815 jam dengan 41,958 lego), Menara Jam Makkah; World Trade Centra (WTC), New York dan Menara Kuwait.

4. Dubai Marina

KAWASAN kediaman dengan kepadatan bangunan, pusat beli-belah, pangsapuri, hotel, selain beratus-ratus kapal layar di bandar terusan buatan manusia terbesar di dunia.

Nikmati pengalaman berlayar dengan Dhow Cruise, iaitu kapal Arab dengan model lama sambil menikmati makan malam bufet, dihiburkan penyanyi jemputan dan aksi tarian tradisional Tanoura dengan pelbagai formasi serta kostum berlampu berwarna-warni.

Di kiri dan kanan terusan itu, bangunan disinari pelbagai cahaya lampu berwarna-warni menyerlahkan kemajuan bandar raya itu.

5. Ski Dubai

TERLETAK di Mall of the Emirates, iaitu resort ski seluas 22,500 meter persegi dibuka pada November 2015 dengan suhu antara -1 darjah Celcius hingga 2 darjah Celsius kekal sepanjang tahun.

Resort tertutup mempunyai gunung berukuran 85 meter tinggi (bersamaan dengan 25 tingkat bangunan tinggi) dengan lima cerun dan curam 80 meter persegi lebar.

Pengunjung bebas bermain ski dan papan salji. Juga cerun di kawasan taman salji seluas 3,000 meter persegi terdiri daripada luncur dan toboggan, slaid badan berais, menara, bola salji gergasi dan gua ais, selain beberapa penguin boleh berinteraksi dengan pengunjung.

Juga ada lif tunda untuk memudahkan pelancong menikmati pemandangan gunung salji buatan ini dari atas.

6. Burj Khalifa

BANGUNAN ikonik berlatarbelakangkan seni bina Islam tertinggi di dunia, iaitu 828 meter serta di kelilingi bangunan pencakar langit lain di tengah bandar raya atau lebih dikenali Downtown Dubai.

Pelancong boleh melihat keindahan Dubai menerusi menara tinjau di tingkat 124, 125 dan 148.

Burj Khalifa bersambung dengan pusat beli-belah terbesar dunia, Dubai Mall dan menempatkan Dubai Aquarium serta hotel mewah.

7. Dubai Mall

PUSAT beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall memiliki 1,400 kedai pelbagai barangan termasuk jenama mewah, minyak wangi, restoran, kafe dan bar serta bersambung dengan Burj Khalifa, iaitu bangunan tertinggi di dunia.

Di bangunan di sini, ada gelanggang luncur ais, zon permainan dan kompleks pawagam

8. Dubai Frame

MERCU tanda struktur seluas 150 meter dan tinggi 93 meter dibina untuk menyerupai bingkai gambar yang besar, yang boleh melihat sejarah bandar raya itu, mewakili Dubai moden seperti Emirates Towers dan Burj Khalifa.

Manakala dari sisi lain , pelawat boleh melihat bahagian lama bandar seperti Deira, Umm Harare dan Karama. Di sini dapat disaksikan masa lalu, sekarang dan masa depan Dubai

9. Gurun Safari

PENGALAMAN mengagumkan dan mencabar meredah gurun pasir menaiki kenderaan pacuan empat roda (4X4). Pemandu pelancong cekap meredah bukit, lurah dan curam, berpusing-pusing di hamparan pasir halus hanya dapat dirasai di sini.

Bunyi angin bertiup kencang membuatkan pasir berombak dan bergelora seakan berada di lautan luas.

Sampai di kem gurun safari, rasai pula pelbagai aktiviti seperti melukis henna, menunggang unta, menyaksikan persembahan tarian rakyat, Tanoura, tarian belly dan permainan unggun api serta makan malam barbeku sungguh menghiburkan.

10. Pusat Kebudayaan Sheikh Mohammed Memahami Kebudayaan (SMCCU)

RUMAH menara angin yang indah menawarkan pelbagai aktiviti dari masakan tradisional hingga perbualan dengan emeriyah tempatan.

Pelawat bebas bertanyakan pelbagai soalan berkaitan gaya hidup, agama, sosial, ekonomi, dikendalikan oleh pengarahnya, Abdullah Al-Serkal.

Bersebelahannya, Al Bastakiya daerah bersejarah Al-Fahidi dengan reka bentuk bangunan unik dan menjual pelbagai cendera mata daripada pelbagai negara.

INFO:

Mengenai Dubai

* Satu daripada tujuh emiriah yang membentuk negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).

* Menyasarkan 20 juta pelancong menjelang 2020.

* Kira-kira 13,000 restoran di seluruh UAE

* Menawarkan pelancongan gurun, cruise, alam semula jadi, halal dan perubatan.

* Dubai yang mempunyai 2.9 juta penduduk

* Terkenal pusat beli-belah bebas cukai

* Seni bina pembangunan mengagumkan dan bandar raya bercahaya

Sumbrt : berita harian

0 comments on “Bandar raya buatan tumpuan dunia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: